skip to main | skip to sidebar

Carian Google

Time now is...

MENGENAI SAYA

Foto Saya
mujahid
Salam semua ! Sayalah Muhammad Faris Mujahid. Haha~ mesti ramai yang rindu kat saya sebab dah lama tak aktif dalam menulis blog. Bukan apa, sibuk sangat sebelum ni dengan peperiksaan. Sekarang pun sibuk jugak tapi sudah saya bahagikan masa yang sesuai untuk menulis blog dan waktu belajar!
Lihat profil lengkap saya

Menarik

  • Info Dinosour
  • Kebaikan Bersedekah
  • Khasiat Buah - Buahan
  • Khasiat Buah Kurma
  • Khasiat Buah Strawberi
  • Maulidur Rasul 2012
  • Mujahid
  • Rahsia Memotong Kuku
  • Selawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w

Asmaul Husna

Followers

Senarai Pautan

  • Sekolah Rendah Agama At-Taqwa
    PELANCARAN KEMPEN 3S PERINGKAT SEKOLAH - Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Pada 5 Febuari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan kempen 3S. Apa tu 3S? Ha, 3S t...
    6 tahun yang lalu
  • Muhammad Faris Mujahid
    Salam Maulidur - Rasul - * Marilah kita bersama - sama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ;)*
    13 tahun yang lalu
  • Kisah Teladan
    I am Sorry -
    15 tahun yang lalu
  • Blog Anak2 Yatim
    RAHSIA MEMOTONG KUKU - RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadan...
    15 tahun yang lalu
  • mujahid online shop
    -

Bilangan Pengunjung

widgeo.net

Laman Sembang

Mari menuju kejayaan !


Mari Bernasyid

Raihan - Senyum

Muhammad Faris Mujahid

Selamat Datang Ke Blog Muhammad Faris Mujahid. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke blog kami. Di sini terdapat banyak kisah-kisah teladan yang boleh kita pelajari. Selain itu, terdapat juga kisah seharian saya bersama keluarga saya ! Harap anda semua suka dan jadilah salah satu daripada 'followers' kami !

Muhammad Faris Mujahid

Selamat Datang Ke Blog Muhammad Faris Mujahid. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke blog kami. Di sini terdapat banyak kisah-kisah teladan yang boleh kita pelajari. Selain itu, terdapat juga kisah seharian saya bersama keluarga saya ! Harap anda semua suka dan jadilah salah satu daripada 'followers' kami !

Khamis, 2 Februari 2012

Khasiat Buah - Buahan


BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga epal, sebiji sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Buah oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.
Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
Kempen anjuran MBG Fruitsshop itu bertujuan membantu menjelaskan mengenai hasil kajian kesihatan terkini kepada rakyat Malaysia, di samping mendidik dan menyebarkan maklumat terkini sebagai panduan. Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengarah Urusan MBG Fuitshop, Adnan Lee bersama dua selebriti, Jojo Struys dan Hansen Lee.
Baik Untuk Kesihatan
Tan berkata, pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di seluruh negara. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.
Beliau berkata, pada 2005, lebih 17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka itu mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
Kajian lain pula mendedahkan, kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga gram hingga 18 gram.
Bagaimanapun, secara purata rakyat Malaysia yang dewasa mengambil kurang daripada 12 gram serat sehari dan ini sudah tentu belum mencukupi. Antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat serat ialah epal, pisang, anggur, kiwi dan mangga.
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat dalam usus besar serta mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Tan berkata, buah-buahan boleh diambil setengah jam sebelum atau selepas makan. Sebaiknya, alas perut dulu dan jangan memakannya secara tiba-tiba kerana ia boleh memberi kesan pada perut jika tidak biasa. Pengambilan buah-buahan sebaik-baiknya dipelbagaikan, malah lebih elok jika dalam pelbagai warna seperti pelangi kerana ia dapat menjamin khasiat yang lebih banyak dapat dinikmati.



Nikmati Buah-Buahan
Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Bagi yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.
Dicatat oleh mujahid di 6:07 PG
Label: Khasiat Buah - Buahan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Owner Blog Site. 2009 - 2012 Faris Mujahid | Designed by Muhammad Faris Mujahid